Jumat, 28 Februari 2014

VIDEO Psy ‘Pukau’ 100 000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

GAMBAR: Psy Pukau 100,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


GEORGETOWN –  Penyanyi rap sensasi Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia sebentar tadi.
Psy menyanyikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung yang membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi Isnin.
Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripadapengunjung sempena majlis terbuka tersebut.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah keranaini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun BaharuCina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.
“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangansaya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali.
“Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Isnin.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.
Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN.
Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.
Katanya perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacukemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.
“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Iniadalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyatMalaysia.
“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya…percaya pada janji ditepati,” katanya.
Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajiankomunikasi massa.
Sebelum itu, anak beliau Ashman Razak menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu ‘Gong Xi GongXi’ dan ‘Da Di Hui Chun’.
Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaumdan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah.
Kemuncak acara pada majlis itu diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Psy.
IMG-20130211-WA0031
IMG-20130211-WA0032
20130211_113550
IMG-20130211-WA0026
ReadFull Article ..

Kamis, 27 Februari 2014

Nor Farhan Pandu Lamborghini Habuan Piala FA

Nor Farhan

Kehandalan pasukan bola sepak Kelantan kini tidak diragui lagi apabila mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut.
Pasukan Kelantan telah berjaya mempertahankan Piala FA bagi tahun 2013 selepas menungukkan Hohor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk mengharumkan nama pasukan Kelantan.
Apabila disebut soal kemenangan, pastinya ramai yang teruja dengan insentif yang diumumkan oleh Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim yang akan memberi setiap seorang daripada dua pemain terbaik JDT sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 yang berharga RM550,000.
Apabila tumbangnya JDT di tangan Kelantan, maka timbullah bisik-bisik yang mempersoal berkenaan imbuhan tersebut.
Entah apa yang berada di dalam fikiran Farhan, dia telah merakamkan video beliau mendapat kereta Lamborghini sebagai habuan Piala FA.
Mungkin video tersebut sebagai bahan jenaka dan rasanya tidak mempunyai sebarang niat untuk memerli mana-mana pihak.
Saksikan video jenaka tersebut.
Jangan marah. Ini cuma lawak hari Isnin terutama kepada mereka yang baru lepas berjam-jam duduk di bilik mesyuarat.
Oleh: HARITS ASYRAF
ReadFull Article ..

Rabu, 26 Februari 2014

Pemandu Bas Pengsan Datuk 76 Tahun Ambil Alih Pandu Jadi Penyelamat

Sabtu, 23/02/2013  detikNews

Straits Times/Asia One
Singapura - Seorang pemandu bas di Singapura tiba-tiba pengsan ketika bas sedang bergerak di jalanan. Untunglah, ada seorang lelaki berusia 76 tahun yang menjadi pahlawan bagi para penumpang bas, dengan mengambil alih memandu.

Lelaki warga emas yang tidak disebut namanya ini dengan segera mengambil alih  memandu bas ketika pemandu bas   (60) tiba-tiba pengsan dipercayai akibat terkena serangan jantung.

Demikian seperti laporan media setempat, Sin Chew Daily dan dilansir Asia One, Sabtu (23/2/2013).

Setelah mengambil alih memandu, lelaki,   ini berusaha memperlahankan kelajuan bas dan menghentikannya di tempat yang selamat. Bas ini  terlanggar sebuah truk trailer dan dua teksi yang sedang  parkir di pinggir jalan.

Namun demikian, lelaki itu akhirnya bertinjauan menghentikan bas ini dengan melanggar ke trotoar dan papan penanda jalan. Akibat aksi berani sang datuk ini, seluruh penumpang bas selamat.

Tidak ada seorang pun mangsa cedera, kecuali si pemandu bas yang pengsan. Salah seorang penumpang muda yang mengaku doktor sempat melakukan bantuan pernafasan bagi pemandu bas, sebelum akhirnya ambulans tiba di lokasi kejadian. Pemandu bds pun segera dikejarkan ke rumah sakit terdekat.

(nvc/gah)
ReadFull Article ..

Senin, 24 Februari 2014

CEC DAP Diberi Tempoh 14 Hari


ALOR SETAR – Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diminta menjelaskan perkara sebenar berhubung isu kelewatan pendaftaran permohonan keanggotaan dan penubuhan cawangan baharu parti itu di Taman Wira, Mergong di sini.

Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP, Kedah Syed Araniri Syed Ahmad berkata, beliau memberi masa 14 hari kepada CEC DAP untuk memberi penjelasan itu dan jika gagal berbuat demikian, atau memberi penjelasan tidak telus, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, permohonan dibuat sejak awal tahun lepas dan penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan kerana CEC DAP bersikap menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam isu berkenaan.

“Masyarakat kena tahu perkara ini sebab pengurusan DAP ini mereka main-main. Mereka ini cuma hebat kepada orang bukan DAP, mereka layan. Kepada ahli DAP, tidak kira Melayu atau Cina, mereka anggap merekalah dua, tiga orang dalam CEC paling berkuasa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 1 November lepas, Syed Araniri yang juga Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira mengumumkan meletak jawatan susulan tindakan kepimpinan DAP Pusat masih menidakkan permohonan beliau bagi menubuhkan cawangan di Taman Wira, yang dianggotai orang Melayu.

Syed Araniri juga berkata, beliau sudah dilantik Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah sedangkan DAP Pusat belum mengiktirafnya sebagai anggota parti walaupun permohonan untuk menjadi anggota sudah dihantar sejak Januari 2012.

Katanya, beliau bersama 35 orang lagi menyertai DAP pada awal tahun lepas dengan menubuhkan cawangan di Taman Wira dan mempromosikan parti itu di seluruh negara namun sehingga kini iaitu selepas 22 bulan, permohonan mereka belum diluluskan.

Beliau mendakwa DAP Pusat hanya menghantar permohonan keanggotaan dan penubuhan cawangan itu kepada ROS pada Jun lepas sedangkan cek keanggotaan yang mereka bayar sebelum ini sudah luput dan mereka terpaksa mengeluarkan cek baharu.

Katanya, CEC DAP sering menyalahkan ROS bagi setiap masalah dalam parti itu sedangkan DAP, yang mempunyai perlembagaannya sendiri, mengambil masa begitu lama untuk bertindak.

“ROS tidak buat perlembagaan parti tetapi DAP. Jun lalu baru CEC DAP menghantar permohononan itu kepada ROS selepas saya mendesak. Mana pergi tempoh setahun dan lima bulan sebelum itu? Jadi, ini salah siapa, DAP atau ROS?” katanya. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Minggu, 23 Februari 2014

Kain Rentang Paling Menganjing Di Putrajaya


If you cant beat your boss..menganjing them


Tapi seriously kenapa sejak dua menjak ini banyak perang bendera. Bukankah bendera politik tak boleh diletakkan di tepi jalan kecuali masa pilihranraya? Syabas Perbadanan Putrajaya dan kain rentas menganjing mereka.





ReadFull Article ..

Sabtu, 22 Februari 2014

Mat Sabu Terima kasih rakyat Malaysia


Malaysiakini  Jan 15 2013 
Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu.
Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata perhimpunan tersebut, yang menurutnya dihadiri 500,000 perserta adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat, "iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat."
NONEKatanya, sekretariat itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.

"Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya pada hari tersebut," katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10.
"Jumlah ini akan digunakan bagi menampung  perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah  dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

"Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus  berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini  yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN," katanya.

Katanya, usaha tersebut tentunya memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang  Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Oleh itu, beliau merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan akaun Tabung Impian  Rakyat Malaysia.
ReadFull Article ..

Jumat, 21 Februari 2014

Keputusan SPM diumum 21 Mac

RABU, 14 MAC 2012



PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini.

Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, pukul 9 pagi pada hari yang sama.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini.
ReadFull Article ..

Kamis, 20 Februari 2014

Kepala abang dalam peti beku

3 Okt 2013 myMetro
Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.
Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.
Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.
FotoPOLIS menunjukkan gergaji yang digunakan suspek untuk memotong abangnya.

Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.

Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. - AFP
ReadFull Article ..

Rabu, 19 Februari 2014

Ariel Luna Maya Kini Rakan Niaga

Nazril Ariel Irham, Luna Maya


JAKARTA- Penyanyi, Ariel dan selebriti, Luna Maya membuat kejutan apabila kedua-duanya dikatakan kembali menjalinkan hubungan semula selepas percintaan mereka terputus sebelum ini.
Bagaimanapun, hubungan mereka kali ini hanya terbatas pada perniagaan saja.
Ariel, bekas penyanyi kumpulan Peterpan yang dibebaskan dari penjara beberapa bulan lalu baru-baru ini memulakan perniagaan kasut, ARL, sementara Luna sudah lama terlibat dengan perniagaan pakaian, LM for Hardware.
Dia dipenjara kerana terbabit dalam video porno bersama Luna dan seorang lagi selebriti, Cut Tari, “Hubungan kami hanya berkait dengan perniagaan,” katanya malu-malu, lapor Tabloidnova.com.
Ariel sengaja memilih Luna sebagai rakan perniagaan kerana bekas kekasihnya itu mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan. – BT
ReadFull Article ..

Selasa, 18 Februari 2014

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah Sarawak

Harakahdaily

Muhammad Faizal, 16 Sep 2012

KOTA KINABALU: PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan tinjauan bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan tinjauan bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan tinjauan sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi tinjauan itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi tinjauan kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.

"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan tinjauan negeri sendiri.

"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.

"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.

"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.

"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.

Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.

"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.

 sambung di sini
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

Mengapa banyak orang pintar tapi miskin


Ternyata kemampuan otak tidak menjamin orang untuk bisa kaya. Buktinya banyak orang yang pintar tapi pengtinjauanannya pas-pasan, atau malah nganggur, sementara banyak juga orang yang tidak sampai tamat sekolah atau malah tidak pernah sekolah tapi bisa jadi direktur atau pemilik perusahaan, dan tentunya punya uang yang banyak. Mengapa bisa begitu? Ternyata ini bisa dibuktikan dengan rumus tentang usaha yang kita dapat di kelas 1 SMP dulu.

Rumus dari Usaha adalah:
W = P x t

Dimana:
W = Usaha (Work)
P = Daya (Power = Kekuasaan)
t = waktu (time)

Jadi:
t = W / P

Diketahui:
Waktu adalah uang; Time is Money
Pengetahuan adalah kekuasaan; Knowledge is Power

Maka rumus di atas bisa diubah menjadi:
Uang = Usaha / Pengetahuan

Jadi kesimpulan berdasarkan rumus di atas:
-Jika pengetahuannya sama atau konstan, yang usahanya lebih banyak akan mendapat uang lebih banyak juga.

-Jika usahanya konstan, maka yang pengetahuannya lebih banyak akan mendapat uang lebih sedikit, dan kalau pengetahuannya mendekati tak terhingga(), uang yang didapat akan mendekati nol(0).

-Sebaliknya, yang pengetahuannya lebih sedikit akan mendapat uang lebih banyak, dan jika pengetahuannya mendekati nol, biarpun usahanya cuman mrongos thok doang, uang yang didapat akan mendekati tak terhingga().


Buat yang tidak mengerti penjelasan di atas, pasti punya uang yang buanyak..... :D
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Februari 2014

Peluang Usaha Rumahan Dengan Sedikit Modal

Usaha adalah salah satu tempat untuk mencari atau mendapatkan, dalam menjalankan usaha diperlukan modal sesuai dengan besar kecilnya usaha Anda. Tapi disini kami akan sedikit menggembirakan Anda, bagi Anda yang ingin menjalankan sebuah usaha Anda dengan sedikit modal atau bahkan tanpa modal sedikitpun yang Anda keluarkan. Bagaimana caranya? Apakah masuk akal usaha tanpa modal sedikitpun? Hal ini mungkin cukup aneh untuk didengar, tapi akan tetapi hal ini sudah dipraktekkan oleh daya sendiri.

Cerita sedikit tentang kisah hidup saya:
Saya adalah orang yang ahli dalam hal mesin terutama alat elektronik. Saya berpikir saya akan punya toko elektronik yang terkenal, tetapi untuk membuka usaha tersebut dibutuhkan modal yang cukup besar. Nah semenjak itu memang kondisi keuangan saya tidak memungkinkan (alias tidak cukup) untuk membuka usaha tersebut.
Saya hanya memiliki uang 6 juta kurang didompet saya. Lalu ada seorang teman saya memberikan kabar info kepada saya bahwa ada seminar tentang business revolution yang dibawakan oleh pelatih suskes no.1 di Indonesia, dimana didalam semianr tersebut ada materi yang berisikan tentang

 “Bagaimana cara membangun usaha dengan sedikit modal atau bahkan tanpa modal” .

Saya sangat tertarik sekali, lalu untuk itu saya memberanikan diri untuk berinvestasi mengikuti seminar tersebut seharga 5 juta lebih , sudah cukup lama saya lupa tanggal berapa tapi saya ingat tahun 2010 saya mengikuti seminar tersebut. Nah setelah saya mengikuti seminar tersebut, tinjauannya luar biasa dahsyat, ilmu yang diajarkan oleh beliau yaitu Tung Desem Waringin, sangat dahsyat jurusnya. Tak rugi saya mengikuti seminar tersebut hanya invest 5 juta tinjauan yang saya dapatkan luar biasa.

Setelah itu saya memberanikan diri untuk membuka usaha dengan tanpa modal sekalipun, ternyata benar-benar saya alami didalam kehidupan saya. Dari situlah karir saya berjalan hingga saat ini, income yang saya dapatkan setiap bulannya luar biasa. Thx regards pak Tung.
Nah untuk itu saya juga ingin sharing kepada Anda, sedikit tips dari saya, singkat, jelas, dan padat, tapi cukup bermanfaat. Cara yang tepat untuk membuka usaha Anda dengan modal sedikit atau bahkan tanpa modal, terutama yang harus Anda pikirkan terlebih dahulu adalah :
  • Tentukan produk/ jasa apa yang ingin Anda jual

  • Tentukan target market Anda, apakah dengan Anda menjual produk Anda yakin sangat berguna untuk masyarakat umum

  • Nah kemudian setelah itu untuk menghemat biaya yang Anda keluarkan, untuk pemula lokasi tempat bisnis Anda sementara dirumah Anda terlebih dahulu.

  • Nah bagi Anda yang mungkin ada kenalan teman bisnis, Anda bisa ajak kerja sama membangun bisnis bersama-sama, karena mungkin punya modal, dan Anda yang mengatur usaha tersebut. Jadi antara teman Anda dan Anda akan saling menguntungkan satu sama lainnya
Nah berikut penjelasan yang bisa saya sampaikan untuk Anda, semoga dapat bermanfaat untuk yang membaca artikel ini, atau juga bagi Anda yang ingin mengikuti pembelajaran bisnis bersama Pak Tung, silahkan Anda bisa klik usaha tanpa modal. Full itu pembelajaran dari pak Tung. Saya juga belajar dari produk tersebut. Salam Dahsyat!
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Februari 2014

Asal usul Simbol Pria dan Wanita di Dunia Sains

Asal-usul Simbol Pria dan Wanita di Dunia Sains - Pernahkah anda melihat simbol pria dan wanita. Biasanya simbol ini digunakan di toilet atau pada hal-hal yang berhubungan dengan sains. Simbol tersebut memiliki sejarah tersendiri, mengapa digunakan serta bentuknya demikian. Ini dia Asal-usul Simbol Pria dan Wanita di Dunia Sains 
Photobucket
female Cukup mengakjubkan bahwa keberadaan simbol itu sudah cukup lama. Didalam dunia Ilmu pengetahuan saja, lambang ini untuk pertamakalinya dipakai pada tahun 1753 oleh Pengarang buku Species Plantarum. Sebelumnya simbol-simbol yang menyatakan laki dan perempuan ini ditemukan pada peninggalan-peninggalan kuno pada jaman prasejarah.
Photobucket
Sebelum ada tulisan, bangsa-bangsa prasejarah menggunakan gambar dan simbol untuk “berkomunikasi”. Para ahli mencoba untuk mencari hubungan mengapa simbol tersebut yang digunakan untuk menunjukkan laki dan perempuan.

Photobucket

Ada yang berpendapat tanda lingkaran dan panah menunjukkan bahwa laki-laki saat itu memang dikenal sebagai pemburu yang bersenjatakan tombak, sementara simbol lingkaran dengan tanda silang dibawahnya, sebagai penggambaran perempuan, menunjukkan bahwa wanita memiliki kecenderungan bercermin (lambang itu dianalogikan sebagai cermin bergagang).
Photobucket
planet-mars Namun ada juga yang menyebutkan bahwa simbol-simbol itu telah mengalamai perubahan sejak lama, yang diturunkan dari bentuk fisik manusia laki-laki dan perempuan.

astro Oh ya simbol ini juga digunakan sebagai simbol planet di tata surya kita, yaitu untuk Mars dan Venus (yang selanjutnya juga dikenal : Mars sebagai gambaran laki-laki, dan Venus untuk Perempuan).
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Februari 2014

Ampang Cheras Kajang Dilanda Banjir Kilat

Salam semua,


Ampang, Cheras, Kajang Dilanda Banjir Kilat


KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, hari ini.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter kerana longkang tersumbat dan menjejaskan pekan itu seketika.
Katanya, dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir.
“Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai,” katanya.
Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air.
Sementara itu, laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata, banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter.
Katanya, memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut.
“Kami sudah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat,” katanya.
Katanya, banjir kilat turut melanda kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai apabila air naik sedalam 0.4 meter sejak 2 petang tadi dan satu jentera bomba dengan tujuh anggota dihantar untuk memantau keadaan.
Sementara itu, katanya, terdapat dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi yang menghempap empat kenderaan.
“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya sambil menambah satu jentera dihantar untuk memotong pokok tersebut.
Satu lagi kes pokok tumbang berlaku di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak tetapi ia tidak menghempap sebarang kenderaan. – BERNAMA

ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Budak Sekolah Melacur Kaut RM18 000 Sebulan

Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB. 

Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun. 

Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya. 

Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan. 

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi ‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari. 

“Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi. 

“Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan. 

“Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30. 

“Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada Metro Ahad. 

Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari. 

Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’ berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu. 

Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari ‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu. 

Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan. 

Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat. 

“Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera. 

“Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka. 

“Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, ‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel. 

“Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya. 

“Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor. 

Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi. 

Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya. 

“Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat. 

“Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan. sumber

ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

10 Foto Berwarna Pertama Di Dunia

Foto Biara Svetlitsa Island, Saint Nihil Stolbenskii Biara, Danau Seliger Tahun 1910 oleh Sergei Mikhailovich Prokudin
Kereta Api Trans-Siberia di atas Sungai Kama dekat Perm, Pegunungan Ural Daerah tahun 1910 oleh Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii
Pabrik tekstil katun interior di Tashkent antara tahun 1905 dan 1915 Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii
Petani perempuan, Kekaisaran Rusia yang sedang menawarkan buah berry di daerah pedesaan di sepanjang Sungai Sheksna, dekat kota Kirillov foto diambil tahun 1909
Salah satu sisi dari Altar Dmitrievskii Katedral, Vladimir tahun 1911
Pria yang duduk di ambang pintu yurt di latar depan, antara 1905 dan 1915.
Isfandiyar, Khan dari protektorat Khorezm Rusia, antara tahun 1910 dan 1915.
Bashkir switchman, tahun 1910
Laki-laki dan unta penuh dengan barang bawaannya antara 1905 dan 1915
Fotografer berpose dengan dua orang lain, 1915.


sumber
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Februari 2014

10 Negara Ini Tidak Memiliki Kekuatan Militer

Apa jadinya jika sebuah negara tidak memiliki sebuah angkatan militer untuk melindungi negaranya dari serangan musuh? Namun, ada beberapa negara di dunia ini tidak memiliki kekuatan militer, tetapi negara-negara tersebut masih bisa tetap eksis.

Ini Dia 10 negara tanpa kekuatan militer :

1. Kepulauan Solomon

Kepulauan-Solomon
Kepulauan Solomon adalah sebuah negara yang terletak di Samudra Pasifik,sebuah negera kepulauan yang memiliki 992 pulau. Negara ini merdeka dari penjajahan tahun 1976, hingga tahun 1998 negara ini mampu membentuk pemerintahan yang stabil.

Namun mulai tahun 1998-2006, mereka tidak memiliki angkatan bersenjata. Hal ini terjadi karena sering terjadi konflik, kejahatan dan kekerasan, sehingga Australia dan Selandia Baru melucuti angkatan bersenjata mereka.

Apabila terjadi perang, Kepulauan Solomon akan membayar angkatan bersenjata Australia untuk melindungi negara tersebut.

2. Kosta Rika

Kosta Rika
Kosta Rika merupakan negara yang terletak di Amerika Tengah yang berbatasan dengan Nikaragua, Panama, Laut Karibia dan Samudra Pasifik. Sejak tahun 1948, Presiden Kosta Rika saat itu, Jose F Ferrer, menghapus militer dari negaranya.

Di antara negara-negara di wilayah Amerika Tengah, Kosta Rika memiliki stabilitas politik yang stabil dan aman. Untuk penegakan hukum, keamanan dan lain-lain dibebankan kepada institusi kepolisian.

Kekuatan militer Kosta Rika bergantung pada 21 negara. Apabila ada negara yang menyatakan perang maka 21 negara ini termasuk Amerika Serikat, Kuba, dan Chile bersedia membelanya berdasarkan perjanjian yang telah disepakati.

3. Samoa

Samoa
Negara yang tidak memiliki kekuatan militer selanjutnya adalah Samoa . Samoa adalah negara kepulauan yang terletak di samudra pasifik dan memiliki 11 wilayah kekuasaan. Samoa diakui oleh PBB pada tanggal 15 Desember 1976.

Hingga kini, Samoa tidak memiliki kekuatan militer, walaupun ada institusi kepolisian, namun jelas tidak dapat dianggap sebagai kekuatan militer.

Samoa menjalin kerjasama baik dengan beberapa negara dan khususnya Selandia Baru yang dikukuhkan dengan perjanjian pada tahun 1962 untuk meminta bantuan pertahanan militer apabila ada invansi dari negara lain.

4. Republik Palau

Republik-Palau
Republik Palau adalah negara kepulauan yang terletak di Samudra Pasifik serta berbatasan dengan Papua Barat, Maluku Utara, Sulawesi Utara, dan Filipina. Negara ini merdeka pada tahun 1994 dari Wilayah Perwalian Kepulauan Pasifik yang diperintah Amerika Serikat. Republik Palau terdiri dari 8 pulau utama dan sedikitnya 250 pulau kecil.

Negara ini mempunyai kekurangan dalam kekuatan militer. Kekuatan kepolisian hanya bertugas untuk melindungi warga sipil. Apabila negara ini diserang maka kekuatan militer Amerika Serikat akan memberikan perlindungan.

5. Andorra

Andorra
Andorra adalah sebuah negara kecil yang terletak di Eropa bagian barat daya. Negara mewah ini terkenal dengan sektor pariwisata dan status bebas cukai. Dengan mengandalkan 10 orang warga negaranya sebagai kekuatan militer, tentunya tindakan ini tidak ditanggapi secara serius oleh negara-negara lain dan Andorra juga tidak diundang dalam Perjanjian Versailles.

Namun, kepolisian Andorra tetap difungsikan untuk membantu menjaga perdamaian. Negara yang memberi perlindungan apabila Andorra di serang negara lain adalah Perancis dan Spanyol karena kedua negara ini berbatasan dengan Andorra.

Pakta Pertahanan Atlantik Utara NATO juga ambil bagian dalam memberi perlindungan kepada negara kecil ini.

6. Grenada

Grenada
Grenada adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di bagian paling selatan Kepulauan Windward, Karibia. Letaknya sekitar 161 km di sebelah utara Venezuela dan berbatasan langsung dengan Trinidad and Tobago.

Grenada sempat mencuri perhatian dunia karena intervensi Amerika Serikat pada tahun 1983. Pada saat itu terjadi pemberontakan rezim pro Kuba dan setelah itu Grenada tidak mempunyai kekuatan militer yang memadai.

Dukungan militer Grenada diperoleh dari Amerika Serikat, dikarenakan negara-negara tetangganya tidak memiliki sistem kekuatan militer yang cukup kuat.

7. Kepulauan Marshall

Kepulauan-Marshall
Kepulauan Marshall adalah negara yang terletak di Samudra Pasifik serta berbatasan dengan Nauru, Kiribati, Mikronesia dan Pulau Wake. Tadinya, Kepulauan Marshall termasuk negara Mikronesia, dan pada tahun 1944 Amerika Serikat memasukannya ke dalam Wilayah Perwakilan Negara Pasifik.

Amerika Serikat sangat protektif kepada negara kepulauan ini, sehingga bersedia dan bertanggung jawab penuh kepada keamanan dan pertahanan negara ini. Kepulauan Marshall juga menjadi tempat pelaksanaan uji coba nuklir oleh Amerika dan kompensasi warga akibat radiasi masih berlangsung hingga kini.

8. Liechtenstein

Liechtenstein
Liechtenstein adalah negara kecil yang kaya, terletak diantara Austria dan Swiss. Negara berbahasa Jerman ini pernah mengalami krisis moneter akibat perang dan pada tahun 1868 pemerintahnya menghapus sistem pertahanan militernya, alasannya karena masalah keuangan.

Swiss menjadi negara yang bersedia membela Liechtenstein apabila di invasi oleh negara lain.

9. Nauru

Nauru
Nauru adalah negara republik terkecil di dunia yang terletak di Samudra Pasifik dan merdeka pada tahun 1968. Negara ini psempat terisolir dari dunia luar karena maskapai penerbangan nasionalnya, Air Nauru, pernah berhenti beroperasi.

Namun, hal tersebut tidak berlangsung lama karena China memberikan bantuan untuk mengoperasikan kembali maskapai penerbangan itu.

Karena populasi penduduknya yang kecil, Nauru tidak mempunyai kekuatan militer tetapi lembaga kepolisian tetap difungsikan untuk menjaga kestabilan. Menurut perjanjian, Australia ditunjuk Nauru sebagai pemasok kekuatan militer. Pada saat Jerman menyerang Nauru, Australia membela negara kecil ini.

10. Vatikan
Vatikan
Vatikan tidak memiliki pertahanan keamanan, keadaan ini tidak mengejutkan karena kepala negaranya dipimpin oleh seorang Paus yang dipilih oleh dewan Kardinal. Institusi kepolisian difungsikan untuk menjaga keamanan publik, lalu lintas, pengendalian massa, penegakan hukum dan lain-lain.

Tentu saja pihak kepolisian Vatikan tidak bisa dianggap sebagai kekuatan militer negara tersebut dan untuk kebutuhan pertahanan keamanannya.

Italia bertanggung jawab atas kebutuhan pertahanan keamanan Vatikan karena negara mungil ini terletak di tengah-tengah Kota Roma. Walaupun pemerintah Vatikan pernah membayar Swiss untuk kekuatan militernya.
ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Panas!!! Mujahid Berjaya Bimbing Azza Elite Bertudung!!!



PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini." 
Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. 
"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu."Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. 
Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik. 
Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu. Foto Facebook Azza 
."Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu. 
"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly. 
Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya."Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai."Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja."Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya. 
Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atukdan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -Mstar
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Februari 2014