Tampilkan postingan dengan label baru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label baru. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Strategi Baru Perkasa Ekonomi Bumiputera


SHAH ALAM — Kerajaan hari ini mengumumkan langkah dan
strategi baharu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, berpayungkan Majlis
Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan
dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB)
dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda
pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, Najib yang juga
Menteri Kewangan, berkata antara fokus pelaksanaan ialah pemantapan pemilikan
ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat serta memperkukuh pemilikan aset.

“Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera
berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi.”

Antara langkah utama dalam strategi itu ialah penetapan sasaran ke atas
penyertaan Bumiputera, termasuk perolehan kepada vendor oleh semua Ketua Pegawai
Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Kata Najib maklumat tersebut wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi
Utama atau KPI mereka.

Beliau berkata semua kementerian juga akan mewujudkan Unit Pembangunan
Bumiputera (UPB) yang bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif
agenda Bumiputera.

Bagi memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula,
Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional
Bhd dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai
peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera.

Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran
pengurusan bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera yang di senarai di Bursa
Malaysia.

“Bagi memastikan semua agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat
dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian juga akan diperkemas dan
diperketat untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif,”
kata Najib.

Najib berkata pelbagai langkah juga telah digariskan bagi menangani
Bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan
seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersil.

Untuk itu, Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat
Perumahan Negara Berhad dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan
pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.

Peranan UDA Corporation juga akan diperkukuh untuk membantu membangunkan
hartanah, termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan
industri dan perdagangan di kawasan bandar, kata Najib.

Beliau berkata GLC dan GLIC yang terlibat dalam hartanah akan turut memberi
penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera, terutama perumahan, rumah
kedai dan premis komersial.

Sementara itu, bagi mengoptimumkan nilai dan manfaat aset bukan kewangan
seperti hartanah untuk Bumiputera Islam, Yayasan Wakaf Malaysia akan ditukar
menjadi entiti Wakaf korporat.

Peranan institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah
Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd akan diperkukuh bagi membangunkan
atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di
seluruh negara.
    – BERNAMA
ReadFull Article ..

Jumat, 28 Februari 2014

VIDEO Psy ‘Pukau’ 100 000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

GAMBAR: Psy Pukau 100,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


GEORGETOWN –  Penyanyi rap sensasi Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia sebentar tadi.
Psy menyanyikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung yang membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi Isnin.
Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripadapengunjung sempena majlis terbuka tersebut.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah keranaini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun BaharuCina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.
“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangansaya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali.
“Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Isnin.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.
Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN.
Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.
Katanya perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacukemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.
“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Iniadalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyatMalaysia.
“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya…percaya pada janji ditepati,” katanya.
Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajiankomunikasi massa.
Sebelum itu, anak beliau Ashman Razak menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu ‘Gong Xi GongXi’ dan ‘Da Di Hui Chun’.
Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaumdan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah.
Kemuncak acara pada majlis itu diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Psy.
IMG-20130211-WA0031
IMG-20130211-WA0032
20130211_113550
IMG-20130211-WA0026
ReadFull Article ..