Sabtu, 08 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Pengundi luar negara SPR letak syarat tak adil

Pengundi luar negara SPR letak syarat tak adil

Bersih 2.0 mengalu-alukan langkah positif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah bertemu dengan Ahli Parlimen pada awal minggu ini dan SPR telah mengakui pelbagai kesilapan dan penyelewengan dalam senarai nama pengundi.

Kami merasa senang hati dengan sikap SPR yang berani mengadakan perbincangan terbuka dengan Ahli Parlimen. Diharapkan sikap sedemikian akan berterusan.
Dalam masa yang sama, Bersih 2.0 mengalu-alukan penubuhan satu unit khas untuk membersihkan senarai nama pengundi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam.
Bagaimanapun, Bersih 2.0 menuntut penubuhan unit khas ini wajib mengambil pandangan semua pihak yang berkepentingan.
Unit ini juga harus menerima pandangan dari pelbagai kumpulan yang mahu pilihanraya dijalankan dengan bersih. Kami juga berharap SPR akan mengeluarkan maklumat dari masa ke semasa tentang apa yang sedang dan telah dilakukan oleh unit khas ini.
Orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan sebelum pilihan raya dijalankan.
Lanjutan dengan ini, SPR juga telah menjanjikan kepada umum bahawa peraturan baru untuk Pengundi Luar Negara akan dihebahkan dalam jangka masa terdekat. Perkara ini telah lama terbengkalai.
Bersih 2.0 menuntut agar pekara ini akan diselesaikan sebelum Parlimen berhenti bersidang pada Jumaat depan. Ini agar Pengundi Luar Negara tahu hak mereka sebelum pilihan raya dijalankan.
Bagaimanapun, syarat-syarat Pengundi Luar Negara ini kami bantah kerana SPR mewajibkan bakal pengundi telah pulang ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun.
Read More »

Tidak ada komentar:

Posting Komentar