Rabu, 18 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
aidid
»
anak
»
jaga
»
marcello
»
pengasuh
»
percaya
»
tak
»
Aidid Marcello Tak Percaya Pengasuh Jaga Anak
Aidid Marcello Tak Percaya Pengasuh Jaga Anak
Rentetan kejadian kematian dan kecederaan melibatkan bayi serta kanak-kanak di tempat pengasuh menjadikan sesetengah individu sudah tidak mempercayai lagi khidmat pengasuh bagi tujuan menjaga dan mendidik anak-anak.
Begitu juga halnya dengan pengacara TV3, Aidid Marcello yang mengaku beliau tidak gemar untuk menyerahkan anaknya di bawah jagaan orang luar.
Beliau lebih selesa jika diasuh dan dijaga oleh ibu mertuanya sendiri.
“Alhamdulillah saya bernasib baik sebab masih tinggal serumah dengan ibu bapa saya. Saya pun tak suka jika anak-anak dibesarkan dalam situasi yang dijaga oleh orang luar,” katanya menurut laporan portal ohbulan.com.
Menurut Aidid, ibu mertuanya masih lagi bertenaga dan kuat untuk menjaga empat cucunya.
“Saya dan isteri bekerja serta sering tiada di rumah, jadi kalau tinggalkan anak-anak dengan orang gaji rasa macam tak selamat,” katanya.
Aidid yang mengacara rancangan Kaki Bola di TV9 turut menjelaskan sebab lain beliau tidak mempercayai orang luar untuk mengasuh anaknya adalah kerana gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak pada masa ini.
Dengan itu, beliau membuat keputusan untuk mendidik anak-anak sendiri daripada menyerahkan semuanya bulat-bulat kepada pengasuh.
“Ya, saya memang tak percaya orang luar untuk jaga anak saya sebab budak-budak sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu budak dibesarkan di kampung dan ibu bapa mereka akan lebih menitikberatkan soal adab dan tatasusila.
“Budak sekarang ramai yang dah hilang nilai-nilai murni dalam diri mereka,” kata Aidid.
Menurut Aidid juga, beliau dan isterinya Norzie juga telah mengambil keputusan untuk tidak menambah lagi bilangan cahaya mata dan buat masa sekarang, mereka lebih fokuskan soal kerjaya serta masa depan pendidikan anak-anak.
Sumber : Ohbulan.com
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar