Minggu, 16 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » Pemimpin Pembangkang Hidup Sederhana

Pemimpin Pembangkang Hidup Sederhana


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) mencontohi gaya hidup beberapa pemimpin pakatan pembangkang bagi memberi contoh yang baik kepada rakyat.

Timbalan Ketua, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mendakwa, pemimpin pakatan pembangkang seperti Lim Guan Eng, Datuk Ahmad Ya’akob dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa mengamalkan hidup bersederhana dan dicontohi oleh segelintir rakyat negeri mereka.

“Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang biasa menggunakan penerbangan kelas ekonomi berbanding eksekutif untuk urusan rasmi kerajaan negeri. Malah, beliau tidak kekok makan nasi bungkus bersama rakyat dan menggunakan kenderaan sendiri untuk tujuan parti atau peribadi.

“Kesemua ini menunjukkan contoh pemimpin kerajaan yang sederhana dan berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka. Sanggup hidup sederhana bersama rakyat bagi mengelakkan pembaziran,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Suhaimi turut mendakwa, Menteri Besar Kelantan, Ahmad dan bekas Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sentiasa menjalani kehidupan bersederhana dan menetap di rumah sendiri meskipun boleh memilih tinggal di kediaman rasmi.

Malah, dakwanya, kedua-dua pemimpin pembangkang itu menyumbangkan elaun mereka termasuk elaun keraian kepada kerajaan Kelantan selama ini.

“Rakyat menyayangi pemimpin sederhana dan hidup ditengah-tengah rakyat,” dakwanya lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar