Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Senin, 23 Desember 2013

OKU maut dirempuh kereta

Beginilah keadaan kereta Proton Saga Neo yang rosak selepas merempuh seorang lelaki dalam kejadian di hadapan Flat Polis Padang Hiliran, di sini, kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki OKU maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda ketika melintas jalan, dalam satu kemalangan di hadapan Flat Polis Padang Hiliran, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Mohd Zamzuri Mohd Arifin, 42, beralamat di Kampung Dusun Melintang, di sini, yang parah di kepala dan patah kaki kanan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya dan melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Satria Neo dipandu pemuda berusia 20-an.

Semasa kejadian, pemandu itu dikatakan dalam perjalanan menghala dari arah Kampung Durian Burung di sini, ke pusat bandar dan tidak sempat membrek kenderaannya kerana jarak yang terlalu dekat, sebelum merempuh mangsa yang dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba.

Menurut seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari lokasi sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bahu jalan.

“Ketika terpandang ke arah itu, saya nampak mangsa sudah dirempuh. Ketika itu, keadaannya agak lemah dan dipenuhi darah sebelum dia dikejarkan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
ReadFull Article ..

Jumat, 20 Desember 2013

Pelajar Perempuan Maut Angkara Seks Ganas Teknik Jepun


Pelajar Perempuan Maut Angkara Seks Ganas Teknik Jepun

Pelajar Perempuan Maut Angkara Seks Ganas Teknik Jepun - Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks.

Soter Mule telah mengikat Paola Caputo, 24 dengan seorang wanita yang lain ketika melakukan hubungan seks teknik Jepun yang dikenali sebagai ‘sado-masochist’ atau “shibari”.

Mule, seorang jurutera, pada mulanya ditahan kerana membunuh tetapi pihak berkuasa di Rome percaya yang Paola dan kawannya memberi kebenaran untuk mengadakan seks itu.

Pegawai penyiasat mendapati, ketiga mereka bersama-sama malam itu, minum minuman keras dan mengambil dadah di kelab sebelum Paola, teman wanita Mule, mencadangkan mereka ke bangunan tempat letak kereta di luar Rome di mana dia bekerja sebagai penjaga.

Dua wanita itu masih lengkap berbaju, diikat bersama menggunakan tali dan digantung dua meter dari atas tanah. Apabila wanita yang tidak dinamakan itu pengsan, tali regang itu menyebabkan Paola tercekik. – AFP
ReadFull Article ..