Jumat, 20 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
belasah
»
cardiff
»
city
»
diikat
»
spurs
»
united
»
City Belasah Spurs United Diikat Cardiff
City Belasah Spurs United Diikat Cardiff
MANCHESTER City melonjak naik ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Tottenham 6-0, malam tadi tatkala juara bertahan, Manchester United sekadar seri 2-2 dengan Cardiff City.
Di Stadium Etihad, Jesus Navas membuka tirai jaringan City seawal 13 saat permainan dimulakan disusuli gol sendiri Sandro pada minit ke-34.
Sergio Aguero kemudian menambah dua lagi gol pada minit ke-41 dan 50 sebelum Alvaro Negredo menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-55.
Navas menjaringkan gol kedua peribadinya pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan 6-0 buat City yang pada masa sama merupakan kekalahan terbesar Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak 1996.
Dengan kemenangan itu, City kini mengumpul 22 mata di tangga keempat, di belakang pendahulu, Arsenal 28 mata, Liverpool 24 mata dan Chelsea 24 mata.
Sementara itu, hajat United untuk naik ke kelompok empat teratas tidak kesampaian apabila dimusnahkan jaringan penyamaan Cardiff menerusi Kim Bo-Kyung pada minit ke-90.
Pada aksi di Stadium Cardiff City itu, United di hadapan menerusi jaringan Wayne Rooney pada minit ke-15 sebelum disamakan Fraizer Campbell minit ke-33.
Patrice Evra meletakkan United kembali mendahului 2-1 pada penghujung separuh masa pertama tetapi tiga mata penuh dinafikan jaringan penyamaan Bo-Kyung.
United kini di tangga keenam dengan 21 mata, satu mata di belakang pasukan tangga kelima, Southampton.
Baki satu lagi perlawanan, West Brom bertemu Aston Villa bakal berlangsung jam 4 pagi esok.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar