Senin, 16 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
ahmad
»
berhati
»
cinta
»
dalam
»
fahrin
»
hati
»
Fahrin Ahmad Berhati hati Dalam Cinta
Fahrin Ahmad Berhati hati Dalam Cinta
Mengikuti perkembangan pelakon, Fahrin Ahmad, satu soalan yang tidak pernah lekang dari bibir wartawan dan peminat pastinya pada soalan berkaitan jodoh.
Mana tidaknya, dalam usia matang 34 tahun, mana mungkin jejaka kacak ini tidak mendapat perhatian dari mana-mana wanita di luar sana.
Fahrin menerusi temubualnya bersama Harian Metro mengakui bahawa beliau kurang bernasib baik dalam percintaan kerana telah beberapa kali putus cinta.
Beliau turut menyatakan bahawa dirinya sudah mula serik menjalinkan hubungan dengan selebriti wanita.
“Sebelum ini apabila saya sukakan seseorang, saya akan minta nombor telefon tetapi sekarang saya akan bertanya pada diri sendiri dulu adakah gadis itu boleh dipercayai untuk memulakan sesuatu hubungan.
“Terus terang, saya kini lebih berhati-hati menjalinkan hubungan dan bersikap lebih realistik berbanding dulu. Kalau nak jadi lelaki romantik pun biarlah selepas berkahwin,” katanya.
Tambah Fahrin lagi, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan yakin Allah S.W.T akan mempertemukan beliau dengan jodohnya suatu hari nanti.
Tidak menafikan ibunya pernah mahu memperkenalkan seseorang kepadanya, namun pelakon ini tampaknya lebih suka memilih calon pilihan hatinya.
Fahrin juga tidak menganggap kehidupan solonya sebagai suatu masalah kerana pada masa ini dia cukup fokus pada karier selain menjaga ibunya yang kurang sihat.
Baguslah kalau begitu Fahrin. Tidak perlu tergesa-gesa, bimbang nanti tersilap membuat pilihan, tak pasal-pasal merana badan.
Oleh: ELZA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar